TUJUAN
Tujuan Permintaan Ukur ini adalah untuk mengarahkan Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) menanam batu sempadan dan menyediakan Pelan Akui (PA).
Selain itu, ia juga bertujuan menggantikan HAK MILIK SEMENTARA (HSM) kepada HAK MILIK KEKAL (GM)
CARTA ALIR
NOTA RINGKAS
JENIS HAK MILIK
1 HAK MILIK KEKAL (GM)
- Hak Milik Kekal adalah Geran yang telah muktamad dari segi ukuran luas tanahnya, dan selesai semua urusan.
2 HAK MILIK SEMENTARA (HSM)
- Hak Milik Sementara adalah Geran yang sedang berlaku urusan atas tanah tersebut yang menyebabkan akan ada perubahan maklumat pada Geran.
ANTARA SEBAB GM BOLEH BERTUKAR KEPADA HSM
1 Berlaku Proses Pecah Bahagian
- Proses Pecah Bahagian adalah proses apabila satu LOT tanah mahu dibahagi kepada dua (2) bahagian.
2 Berlaku Pengambilan Balik Tanah (PBT)
- PBT adalah pengambilan balik tanah oleh kerajaan. Contohnya untuk membuat jalan raya.
JENIS LOT
1 PLOT, PTB & TLO biasanya bagi tanah dalam bandar.
2 LO, MLO & PTD untuk tanah desa.
3 LOT adalah kod tanah dalam geran bagi tanah yang telah diukur dengan luas muktamad.
LAPORAN KERJA LUAR
PADA TARIKH 23/10/2016 (AHAD) Saya telah mengikuti En. Zawawi Penolong Pegawai Tanah (PPT) MK. SG. PUNGGUR buat pertama kalinya membuat kerja-kerja PENGUKURAN bagi tujuan PERMINTAAN UKUR (PU) atas tanah MLO 463, MLO 464, MLO 465, MLO 476, MLO 478 & MLO 1312.
Operasi ini telah disertai oleh dua (2) orang pegawai (En. Zawawi & En. Ridzuan) dan dua (2) orang pelajar praktikal sebagai pembantu iaitu saya sendiri, ARIFIN dan sahabat saya, AKMAL.
Untuk operasi pertama ini, kami ditugaskan untuk membantu dalam perkara mudah sahaja seperti menarik pita pengukur dan menjadi penanda jarak.
Operasi ini dilakukan atas sebab ada PERMINTAAN UKUR daripada tuan tanah untuk mengukur luas tanah mereka dan menentukan sempadan. Jadi, pihak Pejabat Tanah Bahagian Teknikal mukim terbabit perlu menjalankan KERJA UKUR ini.
ALATAN YANG DIGUNAKAN
1 SET KOMPAS
KOMPAS
KOMPAS digunakan untuk menentukan arah utara dalam pengukuran sehingga dijadikan patokan utama dalam pengukuran yang biasa di sebut sudut azimut.
KAKI TIGA
KAKI TIGA berfungsi sebagai penyangga waterpass dengan ketiga kakinya dapat menyangga penempatan alat yang pada masing-masing ujungnya runcing, agar masuk ke dalam tanah.
2 KALKULATOR
KALKULATOR digunakan untuk membantu memudahkan kerja-kerja pengiraan bearing.
3 KANTA PEMBESAR
KANTA PEMBESAR digunakan untuk membantu melihat bacaan BEARING pada KOMPAS dengan lebih jelas.
4 PITA PENGUKUR 50M
PITA PENGUKUR digunakan untuk mengukur jarak antara point.
5 GPS
GPS digunakan untuk mendapatkan bacaan koordinat yang lebih tepat bagi batu-batu sempadan yang telah dijumpai.
KERJA UKUR HARI KEDUA
MISI MENCARI BATU SEMPADAN
Pada 26/10/2016 (RABU) saya telah mengikuti KERJA UKUR kali kedua. Operasi kali ini sedikit berbeza dengan KERJA UKUR sebelum yang mana hanya perlu mendapatkan ukuran bagi setiap PLOT tanah. Sedangkan, KERJA UKUR kali kedua ini, kami seakan mempunyai MISI iaitu MENCARI BATU SEMPADAN.
Misi ini memerlukan kemahiran membaca pelan dan ketepatan mengira kordinat di atas pelan. Hal ini membolehkan kami menemui di mana BATU SEMPADAN tertanam.
Perlu diakui, KERJA UKUR ini memang memenatkan bagi saya dan memerlukan banyak tenaga. Tetapi, dalam misi MENCARI BATU SEMPADAN ini, ada kegembiraan disebalik keletihan ini.
KEGEMBIRAAN ini adalah apabila, BATU SEMPADAN yang dicari itu berjaya dijumpai. Sungguh secara jujurnya, ini merupakan pengalaman baru yang hebat bagi saya dan saya berasa sangat teruja.
Sebanyak dua buah batu sempadan berjaya dijumpai hasil dari operasi yang dilakukan. Tujuan batu sempadan ini perlu dicari adalah untuk dijadikan sebagai penanda sebelum meneruskan kerja-kerja ukur yang seterusnya.
Secara keseluruhannya, KERJA UKUR ini berjalan dengan baik dan saya sangat gembira.
Terima kasih atas perkongsian tuan, semoga manfaatnya berpanjangan insyaAllah
ReplyDeleteTuan, apa maksud bg singkatan ni ye?
PLOT =
PTB =
TLO =
LO =
MLO =
PTD = Pejabat Tanah Daerah
LOT = telah diukur dengan luas muktamad.
Terima Kasih Tuan